Saturday, October 16, 2010

Pemerengganan dan Teknik Menstruktur Idea----Mencari dinamik politik kampus

A) Ayat tesis

Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

B) Ayat topik

1. Pilihan raya kampus
Pemilihan MPP pada kali ini yang dilangsungkan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) nampaknya sudah berakhir. Apa yang menarik, pemilihan pada kali ini disifatkan agak 'panas' kerana isu pelaksanaan e-undi di Universiti Malaya (UM). E-undi sebelum ini sudah dilaksanakan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

2. Terima cadangan
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan terbit dan aman.

3. Pengalaman baru
Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetengah kampus seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) apabila kali kedua melaksanakannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu.

C) i. Perenggan deduktif
Pemilihan MPP pada kali ini yang dilangsungkan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) nampaknya sudah berakhir. Apa yang menarik, pemilihan pada kali ini disifatkan agak 'panas' kerana isu pelaksanaan e-undi di Universiti Malaya (UM). E-undi sebelum ini sudah dilaksanakan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

ii. Perenggan induktif
Sudut Pidato yang kini dibenarkan semula pelaksanaannya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu. Namun, saya berpendapat gaya pengucapan untuk Sudut Pidato tidaklah perlu terikut atau terikat dengan gaya pidato atau debat seperti dalam pertandingan. Gaya yang bersahaja juga yang bernas dan berasas juga boleh diterima.

iii. Perenggan deduktif kompleks
Bagaimanapun, saya percaya perlaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui. Pihak universiti wajar mengambil iktibar dan mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada. Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam “gedung ilmu”. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.

D) Perenggan pengenalan- menggunakan Analogi
Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

E) Perenggan penutup
Perpecahan di kalangan pelajar sebelum,menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki, meskipun prbezaan pandangan itu lumrah dan perlu diraikan,pelajar harus bersatu.Pertikaian yang berpanjangan tidak akan diamanahkan .penuhilah kepercayaan itu sebagai satu tasrif glamor yang gemerlapan. Jawatan bukannya alasan untuk bermegah-megah jauh sekali menggunakannya untuk kepentingan peribadi.


F) Perenggan transisi

Tiada contoh dalam catatan.

G) Perenggan dialog
Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dari penggunaan teknologi. Apa yang penting jelasnya, kepercayaan pelejar terhadap sistem yang dilaksanakan. Tegas beliau, apa jua sistem yang terbaik di dunia jika tidak didukung dengan keyakinan , ia pasti mengundang masalah.

H) Ciri-ciri perenggan yang baik
i. kepautan
Selain itu, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaiman pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal. Perbezaan pandangan dan hujah dalam saingan untuk meraih sokongan misalnya adalah sebahasian daripada rutin menarik yang mewarnai pemilihan MPP saban tahun.

ii. kejelasan
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaanya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.

iii. kesatuan
Kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah satu proses demokrasi yang sewajarnya memberi pengalaman politik yang terbaik sebelum pelajar melangkah keluar. Disinilah mereka didedahkan dengan elemen penting dalam proses demokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimpin. Pendidikan demokrasi seperti ini harus ditanam dan dilestarikan supaya pelajar boleh menjadi warganegara yang baik, bertanggungjawab dan budiman. Lebih penting, mereka menghormati, mempercayai dan menghargai demokrasi itu sendiri.

I) Teknik menstruktur idea
i. teknik petikan
Saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu. Ia juga tidak melambangkan semangat 1Malaysia seperti yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

ii. teknik contoh dan ilustrasi
...elemen penting dalam proses demokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimpin.

iii. teknik perbandingan

Kepada ahli MPP yang berjaya, dan diamanahkan,penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif iaitu tanggunjawab yang perlu ditunaikan dan bukanya tasrif atau glamor yang gemerlapan. Jawatan bukanya alasan untuk bermegah-megah jauh sekali menggunakanya untuk kepentingan peribadi. Pada mereka yang kurang bernasib baik, kegagalan bukanlah penutup kepada perjuangan untuk membela kebajikan pelajar atau apa juga yang terkandung dalam manifesto. Tanpa jawatan, mereka juga boleh menyumbang.

No comments:

Post a Comment