Wednesday, September 15, 2010


Plot
Filem diatas adalah iklan dari Petronas untuk menyambut Hari Raya 2010. Dalam plot filem ini, Raju, Simon dan seorang lelaki lagi (baju berwarna biru) adalah sekumpulan untuk menyetai Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi 2010. Manakala kumpulan Farid (baju berwarna merah) adalah kumpulan yang lain juga menyetai pertandingan tersebut.
Farid ialah seorang yang sombong dan sentiasa ingin dia adalah pemenang di pertandingan itu. Manakala kumpulan Raju berusaha untuk menciptakan sesuatu yang baru untuk menang di pertandingan. Semasa mereka berusaha mencipta kereta mereka, Farid berlagak di hadapan mereka dan berkata pasti menang di pertandingan ini. Tetapi, Raju dan kawan-kawannya tidak memperdulikan Farid.
Bapa Raju ialah seorang penjaja yang menjual Cendol. Apabila Raju dan kawannya sedang memperbaikikan kereta, mereka bernampak bapa Raju berbahaya di jalan raya dan hampir dilanggar oleh kereta lain. Mereka bergerak dengan cepat untuk menolong bapa Raju untuk mengemaskan barang-barangan diatas kereta cendol. Tetapi, bapa Raju tidak membenarkan mereka untuk menolongnya kerana dia takut anaknya akan menjadi penjaja seperti dia pada masa akan datang.
Semasa Raju dan Simon sedang memperbaiki kereta tersebut, kawan Raju telah berfikir idea yang baru untuk mengubahkan kereta tersebut. Dia telah mencipta idea yang baru supaya kereta itu dapat menolong bapa Raju menjadi penjaja yang mudah. Mereka bekerjasama untuk membinakan sebuah kereta yang inovasi.
Pada hari pertandingan itu, Farid masih berlagak dan beringin dia adalah pemenang pada hari itu. Tetapi, pemenang pada pertandingan ini adalah kumpulan Raju. Raju dan kawan-kawannya memandu kereta cendol itu ke tempat yang bapa Raju menjual cendol. Bapa Raju berasa menghairankan kerana anak dan kawan-kawannya mencipta sebuah kereta cendol yang baru dan modern kepadanya.
Manakala bapa Farid keselesaan terhadap Farid supaya Farid mengetahui menang atau kalah bukanlah yang penting. Yang penting dalam hati adalah niat.
Akhirnya, Farid terletak maruahnya dan berkawan dengan Raju dan kawan-kawannya.

Penghakiman
Saya berasa filem ini memang sesuai untuk semua pihak untuk menonton kerana filem ini memberitahu kita memang atau kalah bukanlah paling penting, yang penting adalah niat kita. Dalam filem ini, Raju dan kawannya bukanlah berkisah hadiah-hadiah atau pemenang dari pertandingan itu. Tetapi, mereka berniat untuk menciptakan sebuah kereta cendol yang mudah dan senang untuk melakukan cendol supaya bapa Raju mudah melakukan penjajanya. Niat yang ada pada mereka ialah bakti kepada bapa Raju bukanlah pemenang di pertandingan. Manakala Farid hanya memetingkan kepentingan sendiri sahaja. Kekuatan sebenar kita terletak pada hati.
Selain itu, filem ini membayangkan kepada semua penonton, bekerjasama adalah penting dalam melakukan sesuatu. Bekerjasama Raju dan kawan-kawannya supaya mencipta sebuah kereta yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment