Saturday, August 14, 2010

Semasa berseorang

Pokok diluar bersuara disebab angin,
Langit yang hitam tu mula membayangkan guruh berbunyi,
cuaca dingin ini,
ku rasa bersendiri.

Kawan ku telah pulang kampung sendiri,
tinggal ku berada di sini,
makan hanya bersendiri,
tidur juga bersendiri.

Karangan masih belum bermula,
hatiku pun telah terbang ke mana-mana,
kawan semua cuti di rumahnya,
hanya ku berseorang di sini sahaja.

ku mulai rindu,
rindu keluarga ku,
rindu makanan yang dihidang oleh ibu,
membimbang kesihatan bapa ku.

Jiwaku telah berada di rumah ku,
ku berjalan ke tepi bapa ku,
tanyalah tentang kesihatan bapa,
ku ambil ubat kepada bapa,
haraplah bapa dapat pulih dengan cepat.

Ku berjalan ke tepi ibu,
ku cuba bercakap di tepi telinga ibu,
ibu,
Selamat Hari Jadi pada mu,
walau ku tidak dapat menyambut bersama mu,
jiwaku masih berada sekeliling mu.

Guruh berbunyi kuat dan menyedarkan ku,
ku masih di bilik ku,
hatiku masih rindu bapa dan ibu,
cuba hubungi telefon rumah ku,
beritahu ibubapa ku rindu mu,
selepas hubungi tu,
barulah kembali gembira ku.

5 comments:

  1. salam

    ibu bapa ..
    insan teristimewa..
    syabas berjaya menukilkan sajak untuk ibu bapa anda

    ReplyDelete
  2. salam sejahtera

    semasa berseorang kita memang akan berasa susah tapi kita juga perlu belajar untuk berdikari dan belajar berseorangan kerana bukan setiap masa pun ada orang berteman dengan anda terutamanya semasa kami menuntut belajar di tempat-tempat lain.

    ReplyDelete
  3. Selamat sejahtera....

    Berseorangan di luar memang berasa susah. Akan tetapi, berdikari adalah peringkat kehidupan yang mesti dilalui oleh seseorang. Kerinduan akan menjadi semangat untuk perjalanan kita seterusnya...

    ReplyDelete
  4. Hai..
    Sajak yang sangat istimewa untuk ibu bapa. Bagus sebab sentiasa ingat ibu bapa kamu.

    ReplyDelete
  5. salam sejahtera
    Ingatlah ibubapa kita walau di mana kita berada...teruslah berkarya

    ReplyDelete